Pengenalan
Makmal merupakan salah satu jabatan sokongan yang terbesar dan terpenting di hospital. Ia dilengkapi dengan pelbagai peralatan canggih yang mampu menjalankan kebanyakan pemeriksaan rutin dalam tempoh masa siap kurang daripada dua jam. Kebanyakan peralatan makmal juga disambungkan dengan Sistem Maklumat Makmal yang dipasang khas bagi memastikan keputusan ujian makmal diperoleh dengan cepat dan tepat.
Makmal komited untuk memenuhi keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia, Akta dan Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta, Akreditasi Makmal Perubatan MS ISO 15189 serta piawaian MSQH.
Makmal ini telah memperoleh Akreditasi Makmal Perubatan MS ISO 15189 sejak tahun 2011 bagi bidang Biokimia, Hematologi dan Cecair Badan.
Perkhidmatan Disediakan
Pasukan Ahli Sains Makmal dan Juruteknik Makmal kami yang berdedikasi sentiasa mematuhi proses kawalan kualiti yang ketat bagi memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan setiap proses makmal. Semua proses / aktiviti makmal mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta Akta dan Peraturan Hospital Swasta.
Perkhidmatan yang disediakan di makmal kami merangkumi:
- Biokimia
- Bank Darah
- Pemeriksaan Cecair Badan
- Sitopatologi
- Hematologi
- Histopatologi
- Mikrobiologi
- Ujian Molekul
- Serologi
Nota: Semua ujian makmal memerlukan surat rujukan daripada doktor.
Maklumat Hubungan
Lokasi: Ground Floor
Telefon: +60 6285 2999+60 6285 2999 Ext 3354/ +60 6285 2837+60 6285 2837
Emel: info@mahkotamedical.com
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 8.30 am - 5.30 pm
Sabtu: 8.30am - 12.30 pm
*Perkhidmatan makmal disediakan 24 jam sehari untuk memenuhi keperluan pesakit di wad serta pesakit dari Jabatan Kemalangan & Kecemasan (A&E).



















