Temu janji perubatan kini lebih mudah daripada sebelum ini

Terokai kelebihan berjumpa doktor anda secara dalam talian

  • Mudah dan Fleksibel
    Mudah dan Fleksibel

    Dapatkan rawatan tanpa perlu ke hospital dan menunggu giliran temu janji. Anda juga boleh mendapatkan ubat dihantar terus ke pintu rumah anda.

  • Jimat Masa dan Kos
    Jimat Masa dan Kos

    Tidak perlu lagi risau tentang perjalanan ke hospital atau menghadapi kesulitan semasa berulang-alik.

  • Keselamatan dan Privasi
    Keselamatan dan Privasi

    Berunding dengan doktor dalam privasi rumah anda, sambil mengurangkan pendedahan kepada jangkitan semasa perjalanan atau di hospital.

Mulakan

Tempah temu janji anda dengan mudah dari keselesaan rumah

Mulakan langkah anda dengan memilih doktor yang menawarkan konsultasi maya dalam profil mereka.

Penyelaras konsultasi maya kami di +6011 5128 8599 isedia membantu anda membuat persediaan untuk sesi konsultasi maya. Sijil cuti sakit (MC) tidak akan diberikan bagi sebarang sesi konsultasi dalam talian.

Image

Memastikan pengalaman konsultasi maya yang lancar

Perkara yang perlu dipertimbangkan apabila anda membuat temu janji konsultasi maya dengan doktor.

  • Disyorkan untuk temu janji susulan
    Disyorkan untuk temu janji susulan

    Pesakit kali pertama disarankan untuk membuat temu janji secara bersemuka kerana doktor mungkin perlu memeriksa keadaan anda terlebih dahulu.

  • Ketersediaan doktor untuk konsultasi maya
    Ketersediaan doktor untuk konsultasi maya

    Tidak semua doktor menyediakan konsultasi dalam talian. Pilihan ini boleh disemak dalam profil doktor.

  • Bayaran pendahuluan
    Bayaran pendahuluan

    Anda perlu membuat bayaran yuran konsultasi terlebih dahulu untuk mengesahkan temu janji anda. Ini bagi memastikan komitmen terhadap temu janji yang telah dibuat.

Panduan Konsultasi Maya

Ketahui cara untuk menetapkan temu janji secara maya

Pengalaman konsultasi maya kami direka agar mudah diakses oleh semua, supaya anda boleh berhubung dengan doktor secara dalam talian tanpa mengira umur, latar belakang atau tahap kemahiran teknologi.


Tonton video ini untuk mengetahui cara menetapkan temu janji maya dengan doktor pilihan anda.

thubmnail imageplay icon

Menjadikan sesi maya anda lebih berkesan

Perkara yang perlu diberi perhatian untuk konsultasi maya yang efektif

  • Peranti berfungsi dengan baik
    Peranti berfungsi dengan baik

    Uji peranti anda seperti kamera web dan mikrofon untuk memastikan ia berfungsi dengan baik sebelum sesi bermula.

  • Peranti dicas penuh
    Peranti dicas penuh

    Pastikan peranti anda dicas sepenuhnya atau disambungkan kepada sumber kuasa yang stabil.

  • Sambungan internet yang stabil
    Sambungan internet yang stabil

    Pastikan kelajuan internet anda sekurang-kurangnya 3Mbps. Anda boleh menguji kelajuan internet anda di sini here.

  • Persekitaran tanpa gangguan
    Persekitaran tanpa gangguan

    Pastikan persekitaran anda tenang dan selesa supaya anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya semasa konsultasi.

Soalan Lazim Mengenai Konsultasi Maya

  • chevron icon

    Jika anda mempunyai rekod perubatan daripada konsultasi terdahulu seperti imbasan MRI, CT scan, laporan ujian darah dan sebagainya, sila sediakan dan letakkan berdekatan anda semasa sesi untuk rujukan mudah jika diperlukan.

  • chevron icon
  • chevron icon
  • chevron icon
  • chevron icon
  • chevron icon
  • chevron icon

Selepas konsultasi

Terima ubat dihantar ke pintu rumah anda

Doktor mungkin akan memberi preskripsi ubat kepada anda. Jika anda memilih penghantaran, kami akan menguruskan penghantaran ubat dari farmasi hospital kami.

Image