Pengenalan
Pusat Pemeriksaan Kesihatan Mahkota Medical Centre ditubuhkan untuk menyediakan pemeriksaan perubatan yang komprehensif bagi membolehkan pengesanan awal penyakit kronik yang lazim seperti penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi dan diabetes.
Mengapa Pilih Kami?
- Pasukan doktor dan jururawat yang berpengalaman.
- Pelbagai pilihan pakej pemeriksaan kesihatan.
- Sajian ringan percuma selepas pemeriksaan.
- Penerangan laporan oleh doktor kami.
Perkhidmatan Disediakan
- Audiologi diagnostik & alat bantu pendengaran
- Pakej Pemeriksaan Kesihatan Mahkota Medical Centre
Terdapat sebanyak 3 pakej yang disediakan. Semua pemeriksaan dijalankan secara pesakit luar dan akan mengambil masa kira-kira satu hari untuk diselesaikan, bergantung kepada jenis ujian yang dijalankan.
Selepas semua pemeriksaan selesai, doktor akan menyediakan laporan perubatan yang komprehensif serta menerangkan keputusan ujian.
Jururawat kami sentiasa bersedia di pusat untuk membantu pelanggan dengan sebarang pertanyaan.
Download Brosur Pemeriksaan Kesihatan
Maklumat Hubungan
Lokasi: Aras 5
Telefon: +606 285 2802+606 285 2802
Emel: healthscreening@mahkotamedical.com
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 7:30am – 4:30pm
Sabtu: 7:30am – 11:30am
* Dibuka separuh hari pada cuti umum terpilih. Keutamaan diberikan kepada pelanggan yang mempunyai temu janji. Hubungi kami untuk membuat temu janji hari ini.




















