Pengenalan
Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Mahkota Medical Centre ditubuhkan untuk menjalankan kajian klinikal yang berkualiti dan beretika sebagai usaha kami dalam menyumbang kepada kemajuan rawatan perubatan. Kami telah menjalankan pelbagai kajian klinikal dalam pelbagai bidang termasuk kanser, hipertensi dan diabetes.
Kajian klinikal dijalankan oleh doktor yang diperakui Good Clinical Practice (GCP). Bersama pasukan ahli farmasi, saintis makmal dan jururawat kami, pesakit dipantau dengan teliti sepanjang tempoh kajian dijalankan.
Good Clinical Practice ditakrifkan sebagai:
“Satu piawaian bagi reka bentuk, pelaksanaan, pengendalian, pemantauan, audit, perekodan, analisis dan pelaporan kajian klinikal yang memberikan jaminan bahawa data serta keputusan yang dilaporkan adalah boleh dipercayai dan tepat, serta hak, integriti dan kerahsiaan subjek kajian sentiasa dilindungi.”
Penyelidikan Klinikal
Pusat Penyelidikan Klinikal, Mahkota Medical Centre dengan sukacitanya berkongsi senarai kajian klinikal kami.
Untuk kajian klinikal yang SEDANG BERJALAN, klik di sini. here.
Untuk kajian klinikal yang TELAH SELESAI, klik di sini here.
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi:
a). CRC di +60 10-240 8344, atau
b). Penyelaras Kajian, Siti Zawiyah Ismail di +6012-259 2065 / Justin Liu di +6012-631 2468
Maklumat Hubungan
Telefon: +60 10-240 8344
Emel: crc@mahkotamedical.com
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 8:00am – 5:00pm














