Pengenalan
Perkhidmatan Estetik Perubatan Mahkota Medical Centre menawarkan pelbagai rawatan dan prosedur estetik yang menyeluruh untuk membantu anda mencapai kecantikan dan kesihatan yang diinginkan.
Pusat kami dilengkapi dengan teknologi moden, mesin canggih serta Pakar Perubatan Estetik bertauliah dan berpengalaman tinggi yang akan membantu anda mencapai matlamat anda melalui pemahaman terhadap keperluan anda serta pilihan prosedur yang tersedia.
Perkhidmatan Disediakan
Kontur Badan
- CoolSculpting untuk pengurangan lemak
- Radiofrekuensi (RF) atau Ultrasound Kavitasi
- Rawatan pengurusan stretch mark
Suntikan Botulinum Toksin dan Filler
- Rawatan kehilangan isipadu wajah
- Pengurangan kedutan
Pengelupasan Kimia
Pengelupasan Kimia merupakan salah satu kaedah yang paling minimum invasif untuk memperbaiki penampilan kulit anda. Rawatan ini menggunakan Asid Laktik, Asid Mandelik, Semburan Neutralisasi dan Masker Selepas Pengelupasan untuk melicinkan tekstur kulit dengan menanggalkan lapisan luar kulit yang rosak.
Prosedur Kosmetik dan Pembedahan Plastik oleh Pakar Bedah Plastik & Kosmetik kami
- Pembedahan Kelopak Mata
- Pembedahan Facelift
- Pembedahan Plastik Wajah
- Pembedahan Pemindahan Lemak
- Liposuction
- Pembesaran Bibir
- Pembentukan Hidung
- Tummy Tuck
Hair Filler
- Merangsang pertumbuhan rambut dengan meningkatkan saiz folikel rambut
- Melancarkan peredaran darah di kulit kepala serta membantu menghidupkan semula folikel rambut
HydraFacial™ dengan tambahan Glysal Peel
- Pembersihan mendalam dengan penyingkiran sel kulit mati
Prosedur Laser
- Pembuangan tahi lalat, ketuat dan skin tag
- Rawatan pigmentasi (tompok penuaan, tanda lahir, tompok matahari dan perubahan warna kulit lain)
- Rawatan pembaharuan permukaan kulit untuk parut jerawat, kulit rosak akibat cahaya matahari dan kedutan
- Rawatan tona kulit dan fotoperemajaan
- Pembuangan tatu
Produk Kulit, Rambut dan Kosmetik Gred Perubatan
Produk gred perubatan mengandungi bahan aktif berkepekatan tinggi yang cukup berkesan untuk menembusi lapisan kulit lebih dalam dan merawat masalah kulit dengan lebih efektif. Pelbagai pilihan produk penjagaan kulit eksklusif yang terbukti secara klinikal dan hanya disediakan oleh doktor boleh didapati di pusat kami. Pasukan pakar kami akan memeriksa dan menganalisis setiap keperluan anda bagi menyediakan rutin penjagaan di rumah yang disesuaikan khas untuk menangani masalah anda serta memaksimumkan hasil rawatan.
PRP – Platelet-Rich Plasma
Rawatan Platelet-Rich Plasma (PRP) ialah prosedur perubatan dan kosmetik tanpa pembedahan. Rawatan ini menggunakan sampel kecil darah pesakit sendiri untuk mengekstrak platelet, yang kemudiannya dipusatkan sebelum digunakan bagi merangsang pertumbuhan semula. Platelet tersebut disuntik terus ke beberapa bahagian kulit untuk membantu pembentukan kolagen baharu secara semula jadi dan menjana semula tisu.
Rawatan ini digunakan untuk merawat kedutan, pigmentasi, pembaharuan kolagen bagi peremajaan menyeluruh, sekali gus memberikan penampilan lebih muda dan kulit yang lebih licin. Bagi rawatan pertumbuhan semula rambut, PRP berfungsi dengan cara yang sama seperti rawatan wajah, di mana platelet disuntik ke kawasan bermasalah untuk merangsang pertumbuhan folikel rambut.
Prosedur Menegangkan Kulit
- Rawatan menegangkan dan meneguhkan kulit tanpa invasif menggunakan Radiofrekuensi (RF)
- Ultherapy untuk rawatan facelift tanpa invasif
Thread Facelift
Threadlift ialah prosedur facelift tanpa pembedahan yang memberikan kesan pengangkatan kulit yang halus tetapi jelas kelihatan.
Doktor Pakar
Pembedahan Plastik & Kosmetik
Maklumat Hubungan
Lokasi: Ground Floor
Telefon:+60 6285 2777+60 6285 2777
Emel: info@mahkotamedical.com
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 9:00am - 12:30pm, 2pm - 5:30pm
Sabtu: 9:00am - 12:30pm
Ahad & Cuti Umum: Tutup





















