- Self-pay Patients
- Insurance / Corporate Patients
Keperluan / Pra-Kemasukan
- Patuhi saranan doktor untuk dimasukkan untuk rawatan lanjut.
- Berbincanglah tentang kebimbangan anda dengan doktor.
- Dengan persetujuan anda untuk dimasukkan, doktor dan kakitangan akan meneruskan proses kemasukan.
- Jika anda menjalani pembedahan:
- 1Tiba di hospital sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu pembedahan yang dijadualkan atau mengikut nasihat doktor.
- 2Jangan makan atau minum bermula dari tarikh dan masa yang telah diarahkan oleh doktor.
Kemasukan
- Buat pendaftaran di Kaunter Kemasukan & Pendaftaran di Lantai Bawah berserta dokumen berikut:
- 1Kad pengenalan atau pasport anda.
- 2Sijil lahir atau MyKad anak anda jika berumur bawah 12 tahun. (Jika anak anda dimasukkan ke hospital)
- 3Kad pengenalan atau pasport penjamin. Penjamin hendaklah berumur 21 tahun dan ke atas pada masa kemasukan.
- 4Notis kemasukan daripada doktor anda.
- 5Rundingan dengan pakar psikologi atau pakar psikiatri.
- Penuhkan:
- 1Borang Kaunseling Kemasukan.
- 2Borang Kaunseling Kewangan.
- 3Borang Persetujuan.
Semasa di hospital
- Jururawat kami akan:
- 1Memakaikan gelang pengenalan kepada anda.
- 2Mengendalikan penilaian awal.
- 3Menjelaskan tentang orientasi kemasukan.
- Jururawat kami akan memaklumkan prosedur seterusnya kepada anda dari semasa ke semasa.
Sila datangi petugas kami di Kaunter Jururawat atau hanya tekan loceng panggilan jika anda mempunyai sebarang kebimbangan sepanjang berada di hospital. Perkhidmatan ini adalah percuma.
Bagi melindungi perancangan kesihatan anda, anda tidak boleh mengambil sebarang ubat sendiri termasuk herba dan makanan tambahan sepanjang kemasukan anda. Semua ubat perlu disediakan oleh pihak hospital.
Feel free to approach our staff at the Nurse Counter or simply press the call bell should you have any concerns during your stay. It’s a complimentary service.
To safeguard your health planning, you cannot take any self-medication including herbs and supplements during your admission. All drugs have to be provided by the hospital.
Keluar Hospital
- Setelah doktor membuat penilaian dan memastikan anda sihat untuk keluar, sila berikan masa 2 jam untuk pemprosesan bil akhir.
- Apabila bil telah sedia, sila buat pembayaran di::
- Waktu pejabat - Kaunter Bayaran terletak di wad anda.
- Selepas waktu pejabat - Kaunter Bayaran di Tingkat Bawah.
- Jika anda memilih untuk tinggal lebih lama, akan ada caj tambahan:
- Kadar bilik separuh hari jika anda meninggalkan bilik selepas pukul 2 petang.
- Kadar bilik sehari penuh jika anda meninggalkan bilik selepas pukul 6 petang.。
- Kerani wad akan memaklumkan kepada pesakit apabila bil sedia untuk diselesaikan.
The ward clerks will inform patients when the bill is ready to be settled.
Rumah / Susulan
Untuk keselamatan anda, adalah dinasihatkan agar anda mempunyai saudara atau rakan untuk membawa anda pulang ke rumah.
Jangan lupa untuk kembali untuk lawatan susulan di klinik doktor anda.
Anda akan dihubungi untuk pemulangan deposit anda dalam masa 5 hari bekerja.