Soalan Lazim Mengenai GST

Soalan lazim berikut sepatutnya hanya digunakan sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat mengenai percukaian. Disebabkan perubahan dalam undang-undang dan peraturan-peraturan, mungkin ada maklumat di sini yang tidak terkini, tertinggal atau tidak tepat. Walau bagaimanapun, Mahkota Medical Centre (“Mahkota”) komited dalam memberikan anda maklumat umum yang akan membantu anda dalam memahami GST dan kesannya.
Maklumat dalam soalan lazim berikut adalah tertakluk kepada perubahan / kemas kini dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Anda juga boleh melayari laman web kami iaitu 
www.mahkotamedical.com dari masa ke semasa untuk mendapat soalan lazim yang terkini.。

 

GST ialah Cukai Barang & Perkhidmatan yang merupakan cukai pelbagai peringkat ke atas pengunaan barangan dan perkhidmatan. Ia juga dikenali sebagai cukai nilai ditambah di kebanyakan negara lain. Ia akan menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan. GST dikenakan ke atas pembekalan barangan dan perkhidmatan di Malaysia dan tidak termasuk pembekalan yang dikecualikan dan bukan di bawah GST. GST akan dilaksanakan bermula dari 1 April 2015.

Seseorang yang didaftarkan bawah Akta GST 2014 perlu mengenakan bayaran GST ke atas pembekalan barangan dan perkhidmatan kepada para pengguna yang boleh dikenakan cukai

Di bawah Akta GST 2014, Mahkota Medical Centre Sdn Bhd sebagai syarikat yang didaftarkan untuk GST, perlu mengenakan GST ke atas semua pembekalan barangan dan perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai.

Pembekalan Berkadar Standard adalah pembekalan barangan dan perkhidmatan yang dikenakan GST pada kadar standard iaitu 6%. Sebarang cukai input yang dibayar oleh perniagaan itu boleh dituntut kembali sebagai kredit cukai.

Pembekalan Berkadar Sifar adalah pembekalan barangan dan perkhidmatan yang dikenakan GST pada kadar sifar (0%). Pembekal tidak akan memungut GST tetapi layak untuk menuntut kredit cukai input dalam memperolehi bekalan itu.

Pembekalan Dikecualikan adalah pembekalan barangan yang tidak tertakluk kepada GST pada peringkat output iaitu apabila dibekalkan kepada para pengguna. Walau bagaimanapun, GST yang dibayar bagi input perniagaan itu tidak boleh dituntut sebagai kredit cukai.

Secara umum, semua perniagaan yang dibuat oleh orang yang didaftar untuk GST adalah tertakluk kepada GST 6% kecuali jika dinyatakan dalam Perintah GST (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 atau Perintah GST (Pembekalan Dikecualikan) 2014.

Berdasarkan Perintah GST (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014, makanan asas, eksport barangan dan perkhidmatan, bersama-sama dengan perubatan dan gas perubatan yang termasuk dalam Senarai Ubat Penting Kebangsaan (“SUPK”) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, dikategorikan sebagai Pembekalan Berkadar Sifar.

Berdasarkan Perintah GST (Pembekalan Dikecualikan) 2014, perkhidmatan kewangan tertentu, perkhidmatan perubatan swasta, perkhidmatan pendidikan swasta, pengangkutan penumpang dalam negeri, dan pembekalan tanah yang digunakan untuk tujuan perumahan, pertanian atau kegunaan umum, dikategorikan sebagai Pembekalan Dikecualikan.

Secara umum, perkhidmatan penjagaan kesihatan dikategorikan sebagai Pembekalan Dikecualikan di bawah GST jika ditawarkan oleh pusat perubatan swasta yang didaftar di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998. (AKPJKS).

Mahkota didaftar di bawah AKPJKS, maka secara umum, perkhidmatan penjagaan kesihatan yang ditawarkan oleh kami adalah dikecualikan daripada GST.

Mahkota adalah pembekal bercampur di bawah GST disebabkan kami menawarkan Pembekalan Dikecualikan, Pembekalan Berkadar Standard (6%) dan Pembekalan Berkadar Sifar (0%).

Bayaran konsultansi, rawatan dan prosedur, perubatan, bekalan perubatan dan barangan guna habis yang penting untuk pemberian perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada pesakit adalah dikecualikan daripada GST.

 

Pembekalan dikenakan cukai yang ditawarkan oleh Mahkota Berkadar Sifar (0%) Berkadar Standard (6%)
Semua perubatan tersenarai di bawah SUPK    
Yuran pendaftaran (misalnya yuran kemasukan, yuran lawatan, kad pesakit)    
Makanan dan minuman yang dijual di Kafeteria dan Kedai Roti    
Produk dan perubatan yang bukan tersenarai dalam SUPK yang dijual di Farmasi Runcit    
Penginapan, makanan dan minuman yang ditawarkan kepada orang selain daripada pesakit    
Sewaan kerusi dek    
Sewaan bantuan / peralatan perubatan untuk kegunaan di rumah (misalnya kerusi roda, tanki oksigen)    
Perkhidmatan yang bukan termasuk dalam penjagaan kesihatan (misalnya bayaran tempat letak kereta, dobi, pengangkutan, penggunaan telefon)    
Sewaan dan pajakan ruang lantai untuk gerai, klinik, kedai runcit dan sebagainya.    

(Senarai di atas tidak lengkap dan tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa mengikut peraturan-peraturan)

Jika anda dimasukan ke wad sebelum 1 April 2015 dan hanya akan dikeluarkan dari wad selepas 1 April 2015, suatu invois (“invois pra-GST”) akan dikeluarkan pada 31 Mac 2015 pada pukul 5 petang, bagi menyenaraikan semua caj sehingga 31 Mac 2015 termasuk semua Cukai Perkhidmatan yang dikenakan ke atas caj penginapan.

Invois pra-GST akan dianggap sebagai bil terakhir sampai 31 Mac 2015. Sebarang pembatalan invois pra-GST tidak dibenarkan selepas 1 April 2015.

Pada atau selepas 1 April 2015, apabila anda dikeluarkan dari wad, suatu invois cukai (“invois cukai selepas-GST”) akan dikeluarkan dan ia akan mengandungi semua caj yang dikenakan selepas 31 Mac 2015. Jika GST dikenakan ke atas mana-mana caj selepas itu, anda akan dapat lihat jumlah GST dalam invois cukai selepas-GST anda.

Kesimpulannya, anda akan menerima lebih daripada satu invois untuk tempoh penginapan yang sama.。

Pendaftaran manual bermula pada pada 31 Mac 2015 pukul 9 malam. Pesakit akan didaftarkan dalam sistem selepas pukul 12 malam dan dikenakan caj sewajarnya.

Jika pesakit didaftarkan dalam sistem sebelum pukul 9 malam dan tidak dapat habiskan rawatan sebelum pukul 11 malam, invois pra-GST akan dikeluarkan dan akaun itu ditutup.

Invois pra-GST itu akan dianggap sebagai bil terakhir sehingga 31 Mac 2015. Sebarang pembatalan invois pra-GST tidak akan dibenarkan selepas 1 April 2015.

Jika ada sebarang caj tambahan selepas pukul 11 malam, pesakit akan didaftarkan sekali lagi dalam sistem dan dikenakan caj yang sewajarnya. Jika GST dikenakan ke atas mana-mana caj selepas itu, anda akan dapat lihat jumlah GST dalam invois cukai selepas-GST anda.

Kesimpulannya, anda akan menerima lebih daripada satu invois untuk tempoh rawatan yang sama.

Jika invois cukai selepas-GST melibatkan perubahan, suatu Nota Kredit akan dikeluarkan untuk membuat penyelarasan bagi pengurangan bayaran dan Nota Debit pula akan dikeluarkan untuk membuat penyelarasan bagi peningkatan bayaran.

Kesimpulannya, anda akan menerima lebih daripada satu dokumen (Nota Kredit atau Nota Debit) jika ada penyelarasan kepada invois cukai selepas-GST selepas ia sudah dimuktamadkan.

Jika Cukai Perkhidmatan sudah pun dibayar sebelum 1 April 2015 bagi tempoh masa sehingga 1 April 2015 dan seterusnya, GST tidak akan dikenakan untuk perkhidmatan bagi tempoh masa itu.

GST hanya akan dikenakan dalam invois cukai yang sudah dimuktamadkan pada atau selepas 1 April 2015.

Bergantung pada perlindungan insurans anda, anda mungkin perlu membayar GST jika ia dikenakan. Sila rujuk kepada agen insurans anda mengenai terma-terma dan syarat-syarat untuk GST bagi polisi insurans anda.

Untuk maklumat umum mengenai GST, anda boleh merujuk kepada laman web rasmi GST di http://gst.customs.gov.my/

Untuk Panduan GST berkaitan dengan perkhidmatan jagaan kesihatan, anda boleh merujuk kepada http://gst.customs.gov.my/en/rg/Pages/rg_ig.aspx dan klik “Perkhidmatan Jagaan Kesihatan”.

Soalan lazim ini didraf dalam Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris dijadikan sebagai rujukan akhir.