Pengenalan

Perkhidmatan

Pasukan Pakar

Maklumat Hubungi Kami

Pengenalan

Unit Prosedur Harian di Mahkota Medical Centre merupakan pusat sehenti yang berdedikasi untuk mencegah atau mengenalpasti penyakit berbahaya dengan cepat dan berkesan. Unit ini dikhaskan untuk mendiagnos pelbagai prosedur harian yang tidak memerlukan kemasukan ke wad hospital. Kebanyakan prosedur yang dijalankan oleh unit ini adalah untuk pesakit luar.

Unit Prosedur Harian dilengkapi dengan peralatan yang canggih dengan membekalan perkhidmatan meluas. Kakitangannya terdiri daripada jururawat terlatih dan berpengalaman beserta dengan juruteknik yang berdedikasi serta sentiasa memberikan hasil yang berkualiti. Kardiak bukan Invasif dan prosedur endoskopi dijalankan dengan berkesan serta menitikberatkan faktor kos. Kami berdedikasi untuk memberikan perkhidmatan di dalam keadaan pesakit yang sulit dan persendirian, dimana kepuasan pesakit adalah objektif kami.

Perkhidmatan

Prosedur Jantung dan Pernafasan Bukan Invasif

  • 24 jam Pemantauan Holter- untuk mengenalpasti punca halangan di jantung yang tidak dapat dikesan oleh ECG.
  • 24 jam Pemantauan Tekanan Darah (ABPM) -untuk mendapatkan gambaran penuh bagaimana tekanan darah berubah sepanjang hari.
  • Ekokardiogram – untuk memeriksa struktur jantung dan fungsinya.
  • Elektrokardiogram (ECG) – untuk mengkaji aktiviti elektrik di jantung dan fungsi otot jantung.
  • Ujian Fungsi Paru-paru – untuk mengesan fungsi pernafasan yang tidak normal.
  • Transoesophageal Echocardiogram (TEE) – untuk mendapatkan gambaran menyeluruh tetang injap jantung.
  • Ujian Latihan Treadmill – untuk mengenalpasti kecergasan kardiovaskular atau jumlah tekanan yang boleh diuruskan oleh jantung.
  • Ultrasound otak untuk bayi baru lahir – merupakan satu pelan cepat untuk teknik, anatomi pengimejan, dan spektrum penampilan pengimejan patologi yang ditemui di bayi.

Prosedur Berkaitan Endoskopi

  • Endoskopi Kapsul – satu teknologi yang diguna dengan menelan kapsul video bagi mengambil gambar di dalam saluran esofagus, perut, dan usus kecil.
  • Kolonoskopi – untuk memeriksa lapisan di dalam usus besar sekiranya terdapat abnormaliti.
  • Perisian Laporan Endoskopik (ERW) – satu sistem yang digunakan bagi membuat laporan endoskopi.
  • Endoscopic Retrograde Cholangiopancreatography (ERCP) – untuk mengkaji saluran hempedu, saluran pankreas dan pundi hempedu.
  • Endoscopic Sclerotherapy – untuk mengawal pendarahan variceal akut.
  • Ultrasound Endoskopik (EUS) – satu prosedur perubatan di mana endoskopi digabungkan dengan ultrasound untuk mendapatkan imej organ dalaman di bahagian dada, abdomen dan usus besar.
  • Fibroscan – peralatan bukan invasif untuk menilai kesihatan hati melalui teknik yang dikenali sebagai transient elastography tanpa menganggu badan manusia.
  • Gastrointestinal Stenting – untuk merawat penyakit gastrointestinal.
  • Haemorrhoid Ligation – rawatan untuk buasir.
  • Oesophageal Dilatation – untuk merawat penyempitan lumen oesophageal.
  • Polipektomi- membuang polip di dalam usus semasa kolonoskopi.
  • Gastrostomi Endoskopik Perkutaneus (PEG) – memasukkan satu tiub makanan ke dalam perut dengan bantuan gastroskop bagi tujuan pemakanan enteral.
  • Sigmoidoskopi – untuk memeriksa rektum dan kolon sigmoid.
  • Endoskopi/Gastroskopi di bahagian atas – untuk memeriksa lapisan esogahus, perut dan duodenum.

Prosedur Berkaitan Pernafasan

  • Bronkoskopi – untuk memeriksa sebarang abnormaliti di dalam saluran penafasan dan paru-paru seseorang.
  • Endobronchial Ultrasound (EBUS) – untuk mendiagnosis kanser paru-paru, jangkitan paru-paru dan penyakit lain yang menyebabkan pembesaran kelenjar limfa di dada.
  • Pleuroskopi – untuk memeriksa rongga pleura, ruang di antara dua lapisan tisu yang melancarkan paru-paru.

Prosedur Berkaitan Urologi

  • Extracorporeal Shockwave Lithotripsy (ESWL) – prosedur yang menggunakan kuasa gelombang kejutan yang tinggi bagi memecahkan batu karang kepada kristal untuk melalui air kencing.
  • Prostat Biopsi – mengambil sampel tisu prostat untuk di periksa di bawah mikroskop.
  • Transperineal Prostate Biopsy – melihat sel kanser di dalam prostat.
  • Uroflowmetry – pemeriksaan aliran tekanan untuk menentukan definisi fungsi pundi kencing & urethral.

Kajian Neurologi

  • Evoked Potential – untuk mengukur masa yang diperlukan untuk tindak balas saraf terhadap rangsangan.
  • Electroencephalogram (EEG) – untuk mengukur & merekod aktiviti elektrik di bahagian otak.
  • Electromyography (EMG) – menguji aktiviti elektrik di bahagian otot.
  • Kajian Pengaliran Saraf (NCS) – untuk menilai fungsi pengaliran saraf.
  • Transcranial Doppler (TCD) – untuk mengukur halaju aliran darah yang melalui saluran darah di otak.

Prosedur Berkaitan Psikiatri

Rawatan Electroconvulsive – untuk merawat pesakit yang mengalami kemurungan teruk dan skizofrenia.

Perkhidmatan Oftalmologi

  • Argon Laser – untuk mengelak daripada kebocoran cecair di dalam saluran darah di belakang mata (retina) atau menghalang daripada terjadinya kelainan saluran darah di dalam mata.
  • Fotografi Fundus – untuk mengesan dan menilai gejala lekangan retina atau penyakit mata seperti glaukoma.
  • Fundus Fluorescein Angiography (FFA) – memeriksa peredaran retina dan choroid (bahagian di dalam fundus) menggunakan pewarna fluorescent dan angiografi khusus.
  • Optical Biometry (IOL Master) – untuk mengukur parameter okular dan menentukan lensa yang bersesuaian yang akan dimasukkan ke dalam mata semasa pembedahan katarak.
  • Optical Coherence Tomography (OCT) – untuk mendiagnosis dan memberikan panduan rawatan untuk penyakit retinal dan keadaan degenerasi makula yang berkaitan usia serta penyakit mata diabetes.
  • Pemeriksaan Medan Penglihatan – untuk mengesan disfungsi dalam penglihatan berpusat dan periferal yang mungkin akibat daripada pelbagai keadaan perubatan seperti glaukoma, strok, tumor otak atau defisit saraf yang lain.
  • Yag Laser Iridotomy – untuk merawat glaukoma penutupan sudut, keadaan di mana tekanan meningkat di ruang depan (ruang anterior) yang disebablan oleh peredaran cecair secara tiba-tiba (akut) atau progresif perlahan (chronic) penyekatan peredaran normal cecair di dalam mata.

Fasiliti Bilik Pemulihan

Bilik pemulihan yang terdapat di Unit Prosedur Harian terletak di sebelah bilik prosedur endoskopi bagi meminimumkan pemindahan, pengendalian dan pengangkutan yang tidak perlu ketika anda dalam keadaan sedatif. Bilik ini dilengkapi dengan kemudahan dan kakitangan untuk memastikan anda sedar daripada sedatif yang diberikan samasa prosedur dalam keadaan yang menyenangkan dan lancar. Untuk memastikan keselesaan dan kestabilan, anda akan diawasi dan dipantau sebelum dibenarkan keluar dari unit ini.

Pasukan Pakar

Perubatan Dalaman dan Kardiologi

Dr Ang Eng Lip

Dr Ang Eng Lip

Pakar Swasta Sepenuh Masa

Pembedahan Kardiotoraksik – Dewasa

Tiada kiriman dijumpai.

Perubatan Dalaman dan Pernafasan

Tiada kiriman dijumpai.

Oftalmologi (Mata)

Tiada kiriman dijumpai.

Perubatan Dalaman dan Gastroenterologi / Hepatologi

Dr Ng Chek Siung

Dr Ng Chek Siung

Pakar Swasta Sepenuh Masa

Pembedahan Umum dan Hepato-Pankreato-Biliari

Tiada kiriman dijumpai.

Pembedahan Umum dan Kolorektal

Tiada kiriman dijumpai.

Pembedahan Umum dan Payudara

Dr Ho Pey Woei

Dr Ho Pey Woei

Pakar Swasta Sepenuh Masa

Pembedahan Umum

Dr James Wu Soo Fah

Dr James Wu Soo Fah

Pakar Swasta Sepenuh Masa

Urologi

Tiada kiriman dijumpai.

Perubatan Dalaman & Nefrologi

Tiada kiriman dijumpai.

Psikiatri

Tiada kiriman dijumpai.

Perubatan Dalaman dan Neurologi

Dr Khor Gim Thean

Dr Khor Gim Thean

Pakar Swasta Sepenuh Masa

Pembedahan Neurologi

Tiada kiriman dijumpai.

Maklumat Hubungi Kami

Lokasi: Tingkat 5
Telefon: +606-285 2866

Waktu Operasi:

8:30 Pagi – 5:30 Petang  (Isnin – Jumaat)
8:30 Pagi – 12:30 Tengahari (Sabtu)
*Kakitangan kami bersedia 24 jam setiap hari untuk keperluan kecemasan pesakit.