Kami telah menyenaraikan anggaran kos rawatan lebih daripada 40 prosedur bagi rujukan anda. Sila rujuk DI SINI.
Bolehkah saya menggunakan Medisave Singapura di sini?
Ya. Pusat Perubatan Mahkota merupakan satu hospital yang mendapat akreditasi daripada Kementerian Kesihatan, Singapura. Penduduk Singapura dan Residen Tetap (PRs) dengan akaun sah Medisave yang ingin menggunakan Medisave dinasihatkan untuk membaca Soalan Lazim Medisave DI SINI.
Siapa yang harus saya hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut?
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami di talian +606 285 2999 atau hubungi ejen kami di Pejabat Perwakilan Sah (ARO) DI SINI.
Bagaimana saya ingin membuat temujanji?
Anda boleh menghubungi klinik doktor dan membuat temujanji terus dengan jururawat klinik apabila anda telah pasti doktor yang anda ingin temui.
Apakah waktu operasi hospital?
Secara amnya, waktu operasi kami adalah dari 8:30 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Jumaat dan 8:30 pagi hingga 1 tengahari pada Sabtu. Selepas waktu operasi biasa, anda boleh mendapatkan perkhidmatan perubatan di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan kami yang beroperasi 24 jam. Sila hubungi hospital di +60 6285 2999 untuk maklumat lanjut kerana waktu operasi mungkin berubah.
Adakah Pusat Perubatan Mahkota membantu dalam melanjutkan pas lawatan sosial?
Ya. Pasukan Khidmat Pelanggan kami dapat membantu pesakit antarabangsa kami untuk melanjutkan pas lawatan sosial mereka.
Dukoumen-dokumen yang perlu untuk perlanjutan pas:
- Pasport – Pesakit & peneman (asal dan salinan)
- Sijil kahwin / Sijil kelahiran (Kartu Keluarga) (asal dan salinan)
- Surat daripada doktor
- Kad temujanji (asal dan salinan)
- Resit hotel (asal dan salinan)
Pas lawatan sosial yang baru akan diisukan dalam tempoh masa 2 minggu sebelum tarikh luput visa.
Pesakit warganegara terpilih sahaja boleh menikmati perkhidmatan eVISA. eVISA adalah satu platform permohonan atas talian yang membolehkan warganegara asing memohon visa elektronik untuk memasuki Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.windowmalaysia.myhttps://www.windowmalaysia.my
Apakah caj parkir?
Parkir di Mahkota
Isnin – Sabtu
Untuk Pesakit | Di dalam kawasan hospital | Parkir bertentangan hospital |
---|---|---|
2 jam pertama atau sebahagiannya | RM 3.00 | |
Setiap jam berikut atau sebahagiannya | RM 3.00 | |
Setiap kemasukan selepas 4 petang | RM 4.00 | |
Caj maksimum sehari | RM 8.00 | RM 6.00 |
Untuk Pelawat | Di dalam kawasan hospital | Parkir bertentangan hospital |
---|---|---|
2 jam pertama atau sebahagiannya | RM 4.00 | |
Setiap jam berikut atau sebahagiannya | RM 3.00 | |
Setiap kemasukan selepas 4 petang | RM 4.00 | |
Caj maksimum sehari | Tidak Terhad |
Ahad dan Cuti Am
Untuk Pesakit & Pelawat (Setiap kemasukan) | Di dalam kawasan hospital | Parkir bertentangan hospital |
---|---|---|
RM 5.00 | RM 4.00 |
Parkir berdekatan Hospital
Isnin – Jumaat
Mahkota Parade | Hatten Square |
---|---|
Setiap kemasukan Sebelum 10.00 pagi RM 4.00 Selepas 6.00 petang RM 3.00 |
2 jam pertama RM 3.00 Setiap jam berikut RM 3.00 |
Setiap kemasukan selepas 10 pagi 1 jam pertama RM1.00 2 jam pertama RM3.00 Setiap jam berikut RM 1.00 |
Sabtu, Ahad dan Cuti Am
Mahkota Parade | Hatten Square |
---|---|
2 jam pertama RM 3.00 Setiap jam berikut RM 1.00 |
2 jam pertama RM 3.00 Setiap jam berikut RM 3.00 |
Apakah perkhidmatan lain yang sedia ada?
Kami membekalkan perkhidmatan hospitaliti yang mesra untuk memastikan penginapan anda lebih selesa dan mudah:
- Perkhidmatan bagasi dan conceirge
- Perlanjutan Pas Lawatan Sosial
- Kaunter tiket pengangkutan
- Perkhidmatan dobi
- Perkhidmatan ATM dan pengurup wang
- Bakeri dan Kafeteria
- Kedai serbaneka 24 jam