Simposium ini bertujuan untuk membincangkan bagaimana pasukan Onkologi pelbagai disiplin dapat memanfaatkan inovasi teknologi dan menggunakan pendekatan yang lebih berpusatkan pesakit untuk mengoptimumkan hasil klinikal dan pengalaman pesakit.
Sorotan simposium akan merangkumi persembahan oleh Dr Rupesh Kotecha dari Miami Cancer Institute (USA) dan perkongsian pasukan Pakar Onkologi dari Pusat Kanser Mahkota mengenai peranan sistem Tomoterapi dalam Onkologi Radiasi .
Turut dibincangkan topik yang berkaitan dengan Uro-Onkologi, imbasan PET-CT dan juga sesi di mana kami berusaha untuk mengkaji bagaimana untuk memupuk kolaborasi yang lebih besar, dalam praktik terbaik perawatan Kanser yang komprehensif untuk meningkatkan hasil keseluruhan perawatan.
Kami ingin menjemput semua pakar penjagaan kesihatan dan NGO yang terlibat dalam penjagaan rawatan Kanser untuk menyertai kami.
Kemasukan adalah PERCUMA, tetapi tempat duduk terhad, RSVP sangat diperlukan sebelum atau selewat-lewatnya pada 27 September 2019.
Untuk RSVP, sila WhatsApp atau SMS maklumat anda (gelaran, nama penuh, tempat kerja, jawatan, alamat emel, dan jika anda memerlukan makanan vegetarian) kepada kakitangan Sekretariat kami:
- Ms Florence Lee (Marketing) di +6016 644 9123
- Ms Chua Siew Hong (Radiotheraphy) adi+6012 617 2861