Pengenalan
Pengenalan
Pusat Wanita & Kanak-kanak menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk kesihatan dan kesejahteraan wanita dan kanak-kanak. Diketuai oleh pasukan Pakar Obstetrik & Ginekologi, Pakar Bedah Payudara, Pakar Kanak-kanak, dan Pakar Neonatalogi, pusat ini juga disokong oleh sepasukan pekerja perubatan yang berpengalaman termasuk Bidan, Jururawat Terlatih Post Basic, Ahli Embriologi, Ahli Terapi Carakerja, Ahli Terapi Pertuturan & Bahasa serta Ahli Psikologi Klinikal.
Antara fasiliti yang terdapat di pusat ini adalah IVF yang komprehensif di Melaka yang menawarkan rawatan bantuan kesuburan sejak tahun 1997. Terdapat juga pakar kanak-kanak yang berganding bahu bersama Unit Rehabilitasi Pediatrik untuk memberikan jagaan khusus kepada kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas sama ada dari gangguan seperti Cerebral Palsy, Epilepsi sehingga keadaan yang lebih rumit seperti gangguan Neuromuscular.
Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam mengendalikan pelbagai penyakit umum wanita, pusat ini komited untuk me pembedahan laparoskopik dalam sakit puan. Dengan pelbagai peranan yang disandang oleh kaum wanita, adalah amat penting pesakit wanita kami di dedahkan berkenaan pembedahan laparoscopik sebagai suatu rawatan yang dapat memulihkan pesakit dengan lebih cepat, kurang risiko infeksi dan kurang sakit.
Fakta Utama
- Setakat Jan 2020, kami telah membantu 1,112 pasangan dengan lebih 1,363 kelahiran bayi termasuk 231 kembar, 21 kembar tiga dan 1 kembar 4.
- Pusat IVF Mahkota juga menawarkan rawatan Pengkulturan Embrio hari-5 peringkat Blastosis (Day 5 Extended Blastocyst Culture) dan Saringan Pre-implantasi Genetik (Pre-implantation Genetic Screening (PGS).
- Sejak 2011, pelbagai bengkel laparoskopik untuk Ginekologi telah dianjurkan. Teknik laparoskopik yang tersedia termasuk Pembedahan Laparoskopik Insisi Tunggal (SILS).
Fasiliti Kami
- Pusat IVF
- Makmal
- Wad Bersalin, Nurseri dan Wad Kanak-kanak
- Perkhidmatan Nutrisi dan Makanan
- Dewan Bedah – dilengkapi dengan teknologi terbaru seperti Full HD 3D Laparoscopy: Einstein Vision with Robotic-Assisted Arm
- Radiologi
- Pusat Rehabilitasi – Unit Rehabiitasi Kanak-kanak
Perkhidmatan
Untuk Wanita
- Perkhidmatan estetik
- Penyiasatan kesuburan dan rawatan bantuan kesuburan
- Pemeriksaan kesihatan
- Imunisasi/vaksinasi
- Perkhidmatan bersalin (Penjagaan pra dan selepas bersalin)
- Ujian pranatal bukan invasif
- Perkhidmatan nutirisi dan makanan
- Penjagaan pemulihan dan psikologi
- Perkhidmatan pembedahan termasuk:
- Pembedahan payudara dan endokrin
- Perkhidmatan Ginekologi-Onkologi
- Pembedahan Ginekologi Invasif Minima (Insisi Berganda / Tunggal)
Untuk Kanak-kanak
- Ujian alahan
- Penilaian dan terapi untuk kanak-kanak keperluan khas
- Imunisasi/vaksinasi
- Perkhidmatan neonatal dan pediatrik

Pasukan Pakar
Obstetrik & Ginekologi
Obstetrik dan Ginekologi – Onkologi
Obstetrik dan Ginekologi – Perubatan Reproduktif / IVF

Dr Ahmad Saifuddin Bin Ahmad Yahaya

Dr Nor Azlina Binti Awang

Dr S. Selva
Pembedahan Umum dan Payudara

Dr Ho Pey Woei
Pediatrik
Pediatrik dan Neonatologi
Make an Appointment
Updating Content