Pengenalan

Perkhidmatan

Pasukan Pakar

Hubungi Kami

Pengenalan

Pusat Jantung terdiri daripada sekumpulan Pakar Kardiologi, Pakar Bedah Kardiotorasik, Pakar Anestetik Jantung, dan staf sokongan untuk kateterisasi jantung, perfusi, anestesia jantung, rawatan rapi, rehabilitasi jantung dan lain-lain.

Kami menawarkan rawatan perubatan dan pembedahan yang meluas untuk kondisi jantung termasuklah penyakit koronari arteri, fibrilasi atrium, kegagalan jantung kongestif, penyakit vascular periferal, keadaan injap dan lain-lain. Bagi memastikan pesakit menerima rawatan dan perkhidmatan yang terbaik, Pusat Jantung telah membuat garis panduan rawatan yang dikenali “Perjalanan Menyayangi Jantung” yang fokus kepada empat fasa penjagaan jantung bermula dari diagnosis, rawatan dan pemulihan sehingga rawatan susulan.

Makmal Kateterisasi telah dilancarkan pada 7 Januari 1995. Sejak itu, kami telah Berjaya melakukan lebih 6,400 Angioplastik dengan stent (juga dikenali sebagai Intervensi Koronari Perkutaneus) dan 1,800 pembedahan bukaan jantung.

heart-centre-overview

Fakta Utama

  1. Pesakit termuda kami untuk pembedahan jantung terbuka merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun yang berlubang di jantung, manakala pesakit tertua kami merupakan seorang lelaki berusia 86 tahun.
  2. Berupaya mengendalikan kes-kes kompleks, antara kes kejayaan kami termasuk pembedahan jantung terbuka untuk seorang pesakit wanita berusia 83 tahun dan pembedahan Y-Shaped Endovascular Stenting of Infrarenal Abdominal Aortic Aneurysm untuk pesakit lelaki berumur 70 tahun.

Fasiliti Kami

Perkhidmatan

  • Rehabilitasi Jantung
  • Pembedahan Penyakit Jantung Kongenital
  • Pembedahan Jantung “CABG”
  • Angiogram Koronari
  • Angioplasti Koronari (PTCA)
  • Kajian Ekokardiografi
  • Pemeriksaan Jantung
  • Program dan Analisis Perentak Jantung
  • Kateterisasi Jantung Kanan dan Kiri
  • Pemasangan Stent
  • Ekokardiografi Transesofageal
  • Ekokardiografi Transtorasik
  • Pembaikan Injap Jantung
  • Penggantian Injap Jantung
  • Pemantauan Holter 24 jam
heart centre

Pasukan Pakar

Pembedahan Kardiotoraksik – Dewasa

Tiada kiriman dijumpai.

Perubatan Dalaman dan Kardiologi

Dr Ang Eng Lip

Dr Ang Eng Lip

Pakar Swasta Sepenuh Masa

Perubatan Dalaman dan Pernafasan

Tiada kiriman dijumpai.

Make an Appointment

Updating Content