Pusat Perubatan Mahkota merupakan hospital yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk menemui keperluan anda. Kami bermatlamat untuk memastikan keselesaan dan kemudahan setiap pelawat dan pesakit kami dengan perkhidmatan dan fasiliti yang tersedia.

7-Eleven

7eleven

Kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam menawarkan pelbagai pilihan barangan harian seperti suratkhabar, barangan mandian, makanan, snek, makanan sejuk beku dan minuman panas. Kedai ini jual menyediakan pembayaran perkhidmatan bil, pembelian kad tambah nilai dan khidmat fotostat. Ianya dibuka 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan terletak di aras bawah Pusat Perubatan Mahkota.

Lokasi

Tingkat Bawah (G), berdekatan pintu masuk belakang

Waktu Berniaga

24 jam (Harian)

Bread Basket

Bread-Basket

Bread Basket merupakan kedai bakeri moden yang dibuka pada 2011 di Pusat Perubatan Mahkota. Nama “Bread Basket” dipilih kerana ia menggambarkan keadaan di mana pelanggan dapat mencari apa jua yang diingini di dalam bakeri ini dengan menggunakan satu bakul sahaja.

Bread Basket menawarkan pelbagai pilihan produk yang disediakan setiap hari seperti roti, kek dan sandwich. Semua roti dibakar secara segar setiap hari, bau roti yang harum menyenangkan hati.

Penghasilan roti dilakukan di dapur terbuka kami. Sambil menikmati sepotong kek dan secawan kopi di kafeteria kami, pelanggan dapat menyaksikan teknik tukang roti dan proses pembuatan roti.

Lokasi

Tingkat Bawah (G), berdekatan Pusat Pergigian

Waktu Berniaga

7:30 Pagi – 7 Petang (Isnin – Jumaat)
7:30 Pagi – 2 Petang (Sabtu – Ahad)

Hanya tutup pada hari pertama Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

Kafeteria

Kafeteria kami menyediakan pilihan makanan yang pelbagai seperti masakan Cina, Melayu, Barat, Vegetarian pada harga yang berpatutan. Nikmati hidangan sihat dan lazat bagi memenuhi selera anda semasa lawatan anda ke sini.

Selain daripada itu, menu ala-carte juga terdapat di dalam wad untuk pesakit menempah makanan. Terdapat pilihan menu yang pelbagai seperti masakan Barat, tempatan, Cina, Vegetarian dan sebarang tempahan khas yang dipesan oleh pesakit. Kesemua makanan yang dihidangkan dipantau teliti oleh ahli diet yang berkelayakan untuk memastikan kualiti makanan.

Lokasi

Tingkat Bawah (G), berdekatan Pusat Pergigian

Waktu Berniaga

7:30 Pagi – 7 Petang (Isnin – Jumaat)
7:30 Pagi – 2 Petang (Sabtu – Ahad)

Hanya tutup pada hari pertama Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

Eye Studio

Eyestudio

Komited untuk memberikan penjagaan mata terbaik kepada pesakit dengan menawarkan produk yang inovatif dan perkhidmatan penjagaan mata komprehensif di dalam satu pusat bagi memenuhi keperluan gaya hidup anda. Dengan adanya Pakar Optik yang berpengalamandsan peralatan ujian mata yang canggih dan terkini, Eye Studio menjamin penjagaan terbaik untuk mata anda.

Lokasi

Tingkat Bawah (G), sebelah Farmasi

Waktu Berniaga

9 Pagi – 6 Petang (Isnin – Jumaat)
9 Pagi – 1 Tengahari (Sabtu)
Tutup pada Ahad & Cuti Am

Pengurup Wang

Pengurup Wang diadakan di dalam hospital kami untuk memenuhi keperluan pesakit antarabangsa atau sesiapa yang mempunyai urusan pengurupan wang. Ia menawarkan perkhidmatan pertukaran wang asing pada kadar yang kompetitif.

Waktu Berniaga

9 Pagi – 5 Petang (Isnin – Jumaat)
9 Pagi – 1 Tengahari (Sabtu)
Tutup pada Ahad & Cuti Am

MyOrtho

MYORTHO

MyOrtho merupakan pusat orthotic yang memberikan penyelesaian profesional bagi keadaan fungsi kaki yang bermasalah. Pusat ini menyediakan produk bantuan penjagaan orthotic dan kasut yang berkualiti tinggi. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di MyOrtho adalah:

  • Kasut orthotic diabetes tempahan khas
  • Penilaian postur kanak-kanak dan cara berjalan
  • Penilaian biomekanikal kaki
  • Foot manipulation
  • Pendakap lutut osteoarthritis
  • Menjalankan analisis gaya berjalan
  • Penyangga skoliosis

*Perkhidmatan ini adalah percuma dan berdasarkan temujanji. Untuk membuat temujanji, sila hubungi +6016 513 7246.

Lokasi

Tingkat Bawah (G), berdekatan pintu masuk utama

Waktu Berniaga

8:30 Pagi – 5:30 Petang (Isnin – Jumaat)
8:30 Pagi – 12:30 Tengahari (Sabtu)
Tutup pada Ahad & Cuti Am

Retail Pharmacy

Farmasi runcit kami menawarkan produk yang pelbagai untuk kemudahan pesakit dan pelawat:

  • Produk penjagaan bayi
  • Produk kebersihan gigi
  • Pembalut
  • Makanan suplemen
  • Hadiah dan hamper
  • Peralatan pemantauan
  • Ubat-ubatan
  • Bantuan rehabilitatif
  • Vitamin dan makanan suplemen

Bagi meningkatkan kesedaran tentang gaya hidup sihat, farmasi kami fokus dalam menawarkan pelbagai barangan berdasarkan Hari Kesihatan tertentu pada harga istimewa.

Lokasi

Tingkat Bawah (G), berdepanan Kafeteria

Waktu Operasi

8 Pagi – 5:45 Petang (Isnin – Jumaat)
8 Pagi – 3:30 Petang (Sabtu)
Tutup pada Ahad & Cuti Am