Pengenalan
Perkhidmatan
Maklumat Hubungi Kami
Pengenalan
Jabatan Perkhidmatan Nutrisi dan Makanan bertanggungjawab untuk memberikan kualiti yang tinggi bagi terapi nutrisi perubatan untuk penyakit yang perlu diet. Perkhidmatan ini diberikan kepada semua pesakit dari bayi sehingga warga tua.
Jabatan Perkhidmatan Nutrisi dan Makanan berusaha untuk:
- Menggalakkan status pemakanan yang optimum bagi pesakit melalui terapi pemakanan perubatan seperti yang disarankan oleh doktor dan selaras dengan keperluan individu pesakit dari aspek fizikal, bangsa, agama dan keperluan sosial.
- Menggalakkan pendidikan penjagaan kesihatan melalui kaunseling, seminar dan bengkel.
Kekal sihat bersama kami!
Biar kami bantu anda untuk melakukan penilaian komprehensif sekarang. Kami mengalu-alukan rujukan daripada pakar doktor hospital, pengamal am, pengamal pergigian serta pesakit. Rujukan perlu disertakan dengan surat yang menyatakan semua sejarah kesihatan, rawatan yang sedang dijalankan, keputusan ujian dan perubatan sekiranya ada.
Kami juga memberikan ceramah pendidikan berkenaan nutrisi kepada individu dan sector korporat. Sila hubungi Jabatan Pemasaran kami di talian +60 6285 2855 untuk maklumat lanjut dan jadual ceramah.

Perkhidmatan
Terapi Nutrisi Perubatan tersedia untuk pesakit yang mengalami keadaan kesihatan berikut:
- Penyakit Seliak
- Kencing Manis
- Gangguan Pemakanan – Anorexia Nervosa/Bulimia
- Pemakanan Enteral (Pemakanan melalui tiub)
- Alahan kepada makanan
- Gastroesophageal Reflux Diseases (GERD)
- Hipertensi
- Hiperlipidemia
- Penyakit Jantung
- Sindrom Usus Sensitif (IBS)
- Pemakanan semasa Hamil dan Penyusuan
- Berlebihan Berat Badan dan Obesiti – Kanak-kanak dan Dewasa
- Penyakit Buah Pinggang
- Strok
- Pemakanan Awal untuk Bayi
Diet terapeutik dan penjagaan pemakanan akan dirancang, dinilai dan diselia oleh pasukan ahli dietetik kami. Kami sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan pemakanan dan pilihan makanan individu.
Informasi Dietetik dan Pemakanan
Ahli dietetik kami akan menyediakan informasi dietetik dan pemakanan dari masa ke masa.

Pasukan Pakar
Dieticians
Maklumat Menghubungi Kami
Lokasi: Tingkat 4 (Unit Diabetes)
Telefon: +60 6285 2999 (Samb. 3302)
Waktu Operasi:
8:30 Pagi – 5:30 Petang (Isnin – Jumaat)
8:30 Pagi – 12:30 Tengahari (Sabtu)