Perjalanan Pesakit Dalam

Sebelum Kemasukan

  • Sila patuhi saranan doktor untuk rawatan lanjutan.

    Bincang kebimbangan anda bersama doktor.

    Dengan persetujuan anda, doktor dan kakitangan hospital akan meneruskan proses kemasukan. Sekiranya anda perlu melakukan pembedahan:

    1. Sila hadir sekurang-kurangnya 3 jam sebelum masa jadual pembedahan ataupun seperti yang disarankan oleh doktor.
    2. Jangan makan atau minum bermula daripada tarikh dan masa yang telah diarahkan oleh doktor.

    Kemasukan

    • Part 1

      Sila kemukakan dokumen berikut semasa membuat pendaftaran di Kaunter Kemasukan & Pendaftaran bertempat di Tingkat Bawah (GF):

      1. Kad pengenalan / pasport anda.
      2. Sijil kelahiran / Mykid anak anda bagi yang berumur di bawah 12 tahun (Sekiranya anak anda perlu dimasukkan ke hospital)
      3. Kad pengenalan / pasport penjamin. Penjamin mestilah berumur 21 dan ke atas.
      4. Notis kemasukan daripada doktor anda.

      Isi borang kaunseling kemasukan.

    • Part 2

      Kes pembedahan – Jumlah penuh kos anggaran.

      Deposit minimum diperlukan bagi kes perubatan:

      1. Wad umum – RM2,000
      2. Unit Rawatan Rapi (ICU) – RM5,000

      Pesakit yang membuat pembayaran secara tunai akan menerima lebihan deposit sekiranya kos rawatan sebenar kurang daripada deposit yang telah dibayar.
      Manakala, sekiranya deposit tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan yang dikenakan, anda dinasihatkan untuk membuat bayaran tambahan bagi deposit semasa penginapan anda di hospital.

      Untuk wad umum, anda boleh memilih jenis bilik (Tertakluk pada ketersediaan)

      Kit kemasukan komplimentari dengan peralatan mandian asas akan diberikan kepada anda. Kakitangan kami akan membawa anda untuk saringan atau ke wad selepas proses kemasukan selesai.

      Semasa Penginapan Anda

      • Part 1

        Jururawat kami akan:

        1. Memberikan anda gelang pengenalan.
        2. Menjalankan penilaian awal.
        3. Membuat penerangan ringkas tentang orientasi kemasukan.

        Jururawat kami akan memaklumkan kepada anda maklumat terkini dari semasa ke semasa untuk prosedur selanjutnya.

        Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan, sila maklumkan kepada kakitangan di kaunter jururawat atau tekan loceng. Perkhidmatan ini adalah percuma.

        Anda tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang ubat sendiri termasuk herba ataupun suplimen sepanjang waktu anda di wad demi kesihatan anda. Semua ubat-ubatan mesti dibekalkan oleh pihak hospital.

        Discaj

        • Part 1

          Sebaik sahaja doktor membuat penilaian bahawa anda sesuai untuk discaj, sila membenarkan 2 jam untuk pemprosesan bil akhir.

          Sila membuat bayaran apabila bil telah disediakan:

          1. Waktu pejabat – Kaunter juruwang berdekatan wad anda
          2. Selepas waktu pejabat – Kaunter bayaran di tingkat bawah

          Sekiranya anda memilih untuk tinggal lebih lama, caj tambahan akan dikenakan:

          1. Kadar harga setengah hari jika anda keluar selepas 2 petang.
          2. Kadar harga satu hari penuh sekiranya anda keluar selepas 6 petang.
        • Part 2

          Selepas bayaran dibuat, sila ikuti langkah-langkah berikut:

          1. Dapatkan ubat-ubatan yang ditetapkan (sekiranya ada) pada:
            1. Waktu pejabat – Farmasi Satelit yang terletak di tingkat yang sama dengan wad anda.
            2. Selepas waktu pejabat – Farmasi di tingkat bawah (GF)
          2. Pulangkan Notis Discaj ke kaunter jururawat di wad.
          3. Jururawat kami akan menanggalkan branula anda.
          4. Jururawat bertugas akan memberikan x-ray, laporan makmal dan kad temujanji kepada anda, sekiranya rawatan susulan diperlukan.
          5. Pastikan barangan kepunyaan anda dan barangan berharga telah diambil sebelum meninggalkan bilik.

          • Part 1

            Untuk keselamatan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pertolongan daripada saudara atau kenalan untuk menemani anda pulang.

            Sila pastikan anda datang semula ke klinik doktor bagi mendapatkan rawatan susulan seperti yang telah ditetapkan.

            Sebelum Kemasukan

            • Sila patuhi saranan doktor untuk rawatan lanjutan.

              Bincang kebimbangan anda bersama doktor.

              Dengan persetujuan anda, doktor dan kakitangan hospital akan meneruskan proses kemasukan. Sekiranya anda perlu melakukan pembedahan:

              1. Sila hadir sekurang-kurangnya 3 jam sebelum masa jadual pembedahan ataupun seperti yang disarankan oleh doktor.
              2. Jangan makan atau minum bermula daripada tarikh dan masa yang telah diarahkan oleh doktor.

              Kemasukan

              • Part 1

                Sila kemukakan dokumen berikut semasa membuat pendaftaran di Kaunter Kemasukan dan Pendaftaran bertempat di Tingkat Bawah (GF):

                1. Kad pengenalan diri / pasport anda.
                2. Sijil kelahiran / Mykid anak anda bagi yang berumur di bawah 12 tahun (Sekiranya anak anda perlu dimasukkan ke hospital)
                3. Kad pengenalan / pasport penjamin. Penjamin mestilah berumur 21 dan ke atas.
                4. Surat jaminan daripada pihak syarikat / kad keahlian insurans / butiran.
                5. Notis kemasukan daripada doktor anda.

                Isikan:

                1. Borang Kaunseling Kemasukan
                2. Borang Pengisytiharan Kebenaran
              • Part 2

                Deposit minimum sebanyak RM450 (boleh dikembalikan) akan dikutip.

                Kami akan menantikan surat jaminan daripada pihak insurans anda, kebiasaannya akan mengambil masa 1 hingga 2 jam.

                Sekiranya anda ingin kemasukan segera sebelum surat jaminan diperolehi, anda akan dilayani sebagai pesakit bayar diri dan dikehendaki membuat bayaran penuh.

                Untuk wad umum, anda boleh memilih jenis bilik (Tertakluk pada ketersediaan)

                Kit kemasukan komplimentari dengan peralatan mandian asas akan diberikan kepada anda. Kakitangan kami akan membawa anda untuk saringan atau ke wad selepas proses kemasukan selesai.

                Semasa Penginapan Anda

                • Part 1

                  Jururawat kami akan:

                  1. Memberikan anda gelang pengenalan.
                  2. Menjalankan penilaian awal.
                  3. Membuat penerangan ringkas tentang orientasi kemasukan.

                  Jururawat kami akan memaklumkan kepada anda maklumat terkini dari semasa ke semasa untuk prosedur selanjutnya.

                  Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan, sila maklumkan kepada kakitangan di kaunter jururawat atau tekan loceng. Perkhidmatan ini adalah percuma.

                  Anda tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang ubat sendiri termasuk herba ataupun suplimen sepanjang waktu anda di wad demi kesihatan anda. Semua ubat-ubatan mesti dibekalkan oleh pihak hospital.

                  Discaj

                  • Part 1

                    Sebaik sahaja doktor membuat penilaian bahawa anda sesuai untuk discaj, sila membenarkan 4 jam untuk pemprosesan bil akhir dan kelulusan daripada syarikat insurans. Sekiranya anda ingin keluar cepat, anda boleh memilih untuk membayar deposit berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat polisi insurans anda.

                    Sila membuat bayaran tertunggak apabila surat jaminan akhir telah disediakan:

                    1. Waktu pejabat – Kaunter juruwang berdekatan wad anda
                    2. Selepas waktu pejabat – Kaunter bayaran di tingkat bawah

                    Sekiranya anda memilih untuk tinggal lebih lama, caj tambahan akan dikenakan:

                    1. Kadar harga setengah hari jika anda keluar selepas 2 petang.
                    2. Kadar harga satu hari penuh sekiranya anda keluar selepas 6 petang.
                  • Part 2

                    Selepas bayaran dibuat, sila ikuti langkah-langkah berikut:

                    1. Dapatkan ubat-ubatan yang ditetapkan (sekiranya ada) pada:
                      1. Waktu pejabat – Farmasi Satelit yang terletak di tingkat yang sama dengan wad anda.
                      2. Selepas waktu pejabat – Farmasi di tingkat bawah (GF)
                    2. Pulangkan Notis Discaj ke kaunter jururawat di wad.
                    3. Jururawat kami akan menanggalkan branula anda.
                    4. Jururawat bertugas akan memberikan x-ray, laporan makmal dan kad temujanji kepada anda, sekiranya rawatan susulan diperlukan.
                    5. Pastikan barangan kepunyaan anda dan barangan berharga telah diambil sebelum meninggalkan bilik.

                    Pulang / Rawatan Susulan

                    • Part 1

                      Untuk keselamatan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pertolongan daripada saudara atau kenalan untuk menemani anda pulang.

                      Sila pastikan anda datang semula ke klinik doktor bagi mendapatkan rawatan susulan seperti yang telah ditetapkan.

                      Anda akan dihubungi bagi pemulangan deposit dalam masa 5 hari bekerja.

                      Kadar Bilik

                      Bilik-bilik di hospital adalah luas, cantik dan terang, pesakit akan mendapat keselesaan yang maksimum dengan kemudahan tersedia. Semua bilik kami berhawa dingin dan mempunyai bilik mandi dan tandas.

                      Jenis Bilik Kadar Harian (RM)
                      Satu Katil Deluxe 370
                      Satu Katil 250
                      Dua Katil 125
                      Empat Katil 100

                      Nota:
                      – Makanan komplimentari disediakan untuk pesakit sahaja.
                      – Deposit akan dinyatakan semasa pendaftaran.
                      – Bayaran yang dikenakan di atas akan berubah tanpa notis awal.