Hospital Kami

Pusat Perubatan Mahkota, salah satu hospital terbesar di Selatan Semenanjung Malaysia, merupakan hospital pakar swasta pelbagai disiplin yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka, tapak warisan sejarah dunia, UNESCO.

Ditubuhkan pada 30 September 1994, ia menawarkan diagnostik yang canggih, terapeutik dan fasiliti penjagaan intensif serta perkhidmatan perubatan yang berkualiti. Diurus dan dimiliki oleh Health Management International Ltd (HMI), hospital ini merupakan hospital utama Kumpulan HMI.

Kini, hospital ini mempunyai lesen operasi 305 katil di lapan wad dan mempunyai lebih 120 pakar berpraktik daripada pelbagai disiplin. Selain itu, hospital ini juga disokong oleh pasukan pengurusan yang berdedikasi dan kakitangan yang mempunyai pelbagai kelayakan.

Pusat Perubatan Mahkota merupakan antara tumpuan utama destinasi pelancongan perubatan di Malaysia, memberikan khidmat kepada 95,000 pesakit luar negara setiap tahun, dan merupakan salah satu hospital yang lengkap dengan sub-pakar perubatan dengan permintaan pembedahan yang tinggi.

home-mahkota-view

Visi Kami

Menjadi sebuah hospital pakar rujukan di Asia Tenggara dengan menyatukan keupayaan perubatan yang mahir dari dalam dan luar hospital.

Misi Kami

Memberikan perawatan berkualiti tinggi kepada pesakit kami dengan memperkasa dan menggalakkan pasukan kami bekerjasama antara satu sama lain dalam memberikan yang terbaik untuk pesakit.

Nilai-nilai Kami

Compassion (Belas Kasihan), Competence (Kecekapan), Collaboration (Kerjasama)