Peruntukan anggaran saiz bil kepada pelanggan kami bertujuan untuk memudahkan perbandingan harga dan membolehkan pesakit bersedia dari segi kewangan sebelum menjalani prosedur perubatan. Anggaran saiz bil diperolehi daripada bil sebenar yang dikenakan kepada pesakit untuk prosedur tertentu dari Okt 2017 hingga Jun 2018.
Anggaran bil merangkumi semua caj pesakit yang berkaitan dengan prosedur termasuk caj hospital, caj rawatan, caj bilik, caj diagnostik, implan dan yuran doktor.
Perlu diingatkan bil sebenar ini mungkin berbeza berdasarkan keadaan kesihatan pesakit dan/atau disebabkan komplikasi tidak terjangka yang mungkin berlaku semasa kemasukan. Selain itu, Pusat Perubatan Mahkota mempunyai hak untuk menyemak semula harga berdasarkan budi bicara multak dan tanpa notis.
Untuk pertanyaan, anda boleh hantar emel kepada kami di info@mahkotamedical.com