PUSAT RAWATAN KEMOTERAPI

asd

Pusat rawatan harian kemoterapi Mahkota menawarkan perkhidmatan rawatan dan penjagaan sepenuh hari kepada pesakit dalam dan luar yang menjalani rawatan kemoterapi dan anti-immonologi di pusat ini.

Pusat rawatan harian kemoterapi ini dilengkapi dengan Bilik Rikonstitusi Ubat Sitotoksik yang terletak bersebelahan dengan pusat ini untuk memudahkankan laluan tugas para kakitangan agar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih efisien kepada pesakit. Pusat ini mempunyai 12 kerusi rehat boleh-baring bagi keperluan dan keselesaan para pesakit semasa menjalani rawatan kemoterapi. Turut disediakan, sebuah katil yang boleh digunakan oleh pesakit bila-bila masa sekiranya perlu.

Seramai lima orang jururawat yang bertugas sepenuh masa di Pusat Rawatan harian ini, dan diketuai oleh seorang Ketua Jabatan yang berkelulusan dalam bidang Pos Basik Perawatan Onkologi.

Pesakit-pesakit di pusat ini adalah dibawah pengawasan tiga orang doktor pakar Onkologi, seorang pakar Haematologi dan seorang pakar Sakit Dalam.

Pusat rawatan harian kemoterapi Mahkota mengkhusus dalam pengurusan rawatan kanser menggunakan ubat-ubatan. Bermula dari peringkat pencegahan, pengesanan awal, rawatan dan rehabilitasi bagi memastikan sel-sel kanser terkawal dan tidak merebak ke tisu-tisu lain dalam mana-mana bahagian badan pesakit.

Sebelum menjalani sebarang rawatan, pesakit akan menerima bimbingan dan kaunseling berkenaan kesan-kesan sampingan yang bakal dihadapi, dosis ubat-ubatan dan penjagaan selepas rawatan, Kemoterapi boleh membantu menyembuhkan, mengawal dan memulihkan simptom-simptom kanser.

 

Waktu Rawatan

8.30 pagi – 6.00 petang (Isnin -Khamis)
8.30 pagi – 5.30 petang (Jumaat)
8.30 pagi – 12.30 tengahari (Sabtu)

 

Lokasi kami

Tingkat 5 (di sebelah kiri dari lif pelawat), Mahkota Medical Centre

 

Dapatkan Konsultasi

Pasukan perubatan Mahkota Medical Centre terdiri daripada pakar-pakar perubatan yang berpengalaman dan pegawai-pegawai terlatih dan bertauliah dalam pelbagai disiplin, serta berdedikasi dalam memberikan khidmat bantuan perubatan mengikut keperluan anda.

 Klik di sini untuk Carian Pakar

 

Hubungi kami Sekarang

No. Telefon : +606-285 2999 / +606-281 3333 (Ext 1213)
Email  : chemo@mahkotamedical.com