In-Vitro Fertilization

IVF

Informasi Pusat Bayi Tabung Mahkota, Melaka

Latar Belakang

Pusat Bayi Tabung mulai memberi khidmatnya pada bulan Julai, 1997 dengan tujuan membantu pasangan yang mengalami masalah kesuburan merealisasikan impian mereka untuk memiliki anak menerusi rawatan kesuburan. Hingga kini, ia kekal sebagai satu-satunya pusat kesuburan yang ada di Melaka.

Kelengkapan

Terdiri daripada dokter perbidanan dan sakit puan embriologis serta jururawat terlatih yang berdedikasi, Pusat Bayi Tabung Mahkota merupakan pusat sehenti di mana semua kelengkapan iaitu makmal , bilik prosedur dan ruang pemulihan pasien terdapat di dalamnya untuk keselesaan dan melindungi privasi pasangan.

Hasil Klinikal

Sejak beroperasi, Pusat Bayi Tabung Mahkota telah membantu lebih kurang 833 pasangan melahirkan anak dan hampir 1052 bayi yang berhasil dibawa pulang ke rumah menerusi pelbagai rawatan bantuan kehamilan. Ini termasuk 180 kembar dua, 18 kembar tiga dan satu kembar empat.

Sehingga kini, Pusat ini telah menjalankan lebih daripada 1,500 prosedur Persenyawaan In-Vitro (termasuk ICSI) dengan tingkat keberhasilan hampir 50%.  Makin muda usia pasien, makin tinggi tingkat keberhasilan dan ini juga setaraf dengan tingkat keberhasilan pusat kesuburan yang terkenal di Eropah and Amerika Syarikat.

(i) Perbandingan Pencapaian Kadar Kehamilan dengan EHSRE:

Doc2

 

 *** European Society Of Human Reproduction And Embryology(ESHRE)

(ii) Perbandingan Pencapaian Kadar Kehamilan dengan Pusat Bayi Tabung Di Singapura

 

Purata Pencapaian Kehamilan

Malaysia

Singapura

Pusat Bayi Tabung, Mahkota

Mount Elizabeth Fertility Center

Raffles Fertility Center

KK hospital

~50%

41%

35-40%

30-40%

 

Jenis Perkhidmatan di Pusat Mahkota IVF:

A Pemeriksaan Awal Punca Ketidaksuburan  
A.1 Faktor Lelaki: Ujian Semen & Pemeriksaan Darah.  
A.2 Faktor Wanita:  
  (i) USG, Ujian Hormon, Pemeriksaan Darah & konsultasi.  
  (ii) Hysterosalpingogram  
     
B Rawatan Bantuan Kehamilan  
B.1 Program IUI  
  (i) IUI dengan pil kesuburan  
  (ii) IUI dengan suntikan hormon  
B.2 Program IVF  
B.3 Program ICSI  
B.4 Program FET  
     
C Perkhidmatan Sejukbeku  
C.1 Proses Sejukbeku Sperma + yuran simpanan  
C.2 Proses Sejukbeku Embrio + yuran simpanan  
     
     

*****Perhatian: Segala pertanyaan mengenai bayi tabung uji adalah secara percuma.

 

Jenis Teknik Bantuan Kehamilan

Inseminasi Intra Uterin (IUI)
IUI adalah rawatan yang mudah dan tidak menyakitkan untuk pasangan yang mempunyai masalah kesuburan. Pada hari prosedur, air mani daripada suami akan melalui proses penulenan untuk mengasingkan sperma yang bergerak dan aktif. Air mani yang telah ditulenkan kemudiannya diinseminasi ke dalam rongga uterin (rahim) isteri menggunakan cateter.

 

Persenyawaan In-Vitro (IVF)
Teknik ini biasanya dikenali sebagai “teknik bayi tabung”. Ia melibatkan prosedur pengumpulan telur dari kantung telur dan disenyawakan di dalam makmal dengan sperma yang ditulenkan. Telur yang tersenyawa kemudiannya dikultur selama beberapa hari sebelum embrio yang terpilih dipindahkan ke dalam rahim untuk penempelan.

 

Penyuntikan Sperma secara Intracytoplasmic (ICSI)
ICSI melibatkan suntikan satu sperma yang boleh diperolehi dari pelbagai teknik seperti Penyedutan sperma testikular (TESA) dan Pengekstrakan sperma testikular, melalui zona hingga ke sitoplasma telur. ICSI dilakukan apabila masalah ketidaksuburan disebabkan oleh faktor penghasilan sperma yang sedikit dan rendah kualitasnya.

 

Pemindahan Embrio yang Disejukbeku (FET)
Pesakit yang mempunyai lebihan embrio yang berpotensi boleh menyimpannya melalui proses sejukbeku. Embrio tersebut boleh dipindahkan ke dalam uterus apabila berhasrat mengandung lagi. Prosedur yang dinamakan Pemindahan Embrio Sejukbeku tidak memerlukan pesakit melalui prosedur pengumpulan telur sekali lagi.

 

Maklumat Pengangkutan

Tekan Sini

 

Alamat

3rd floor, A block of Mahkota Medical Centre

 

Dapatkan Perunding

Dr. Ahmad Saifuddin Bin Ahmad Yahaya

Dr. Nor Azlina Binti Awang

Dr. S. Selva

 

Hubungi Kami

Tel : +606-2813333 ext. 1316 atau talian langsung +606-2852825

Email : ivf@mahkotamedical.com atau chuasc@mahkotamedical.com

 

Patient’s Feedback

No. Patient Name Feedback
1 WS Lim & SC Thanks for the great service and support throughout the whole IVF process.
2 Raoshan & Santhy Super service. Thanks for moral support. Staff is awesome. Gonna miss you all.
3 Fyn & BH Thank you for all your patience given during my ICSI cycle. Your service and caring provided makes my process went smoothly. Best wishes and keep up the good work.
4 Lilyany Today is the happiest day of my life (positive outcome after ICSI treatment). Thank You!
5 Irzawati Terima kasih kepada semua rakan IVF team. Pelayanannya sangat memuaskan. Semoga berjaya.
“LUAR BIASA TETAP SEMANGAT”
6 Hendra & Yuli To ICSI team- terima kasih banyak atas layanan yang terbaik yang telah diberikan. Semoga apa yang kami upayakan termakbulkan  oleh Allah SWT. Semoga AllaHh SWT memberikan rahmat  kepada kita semua… amin.