
Lakukan PSP seminggu selepas haid bermula.
Bagi mereka yang tiada haid, lakukan pada hari yang sama setiap bulan.
- Langkah 1
Angkat tangan kiri dan letak di belakang kepala anda. - Langkah 2
Guna tangan kanan anda untuk memeriksa payudara kiri anda. - Langkah 3
Tekan dari atas ke bawah atau secara melingkar pada keseluruhan payudara. Rasakan jika terdapat sebarang benjolan. - Langkah 4
Lakukan pemeriksaan pada bahagian ketiak juga. Ulangi langkah-langkah yang sama pada payudara sebelah lagi.
Berdiri menghadap cermin, perhatikan
- Bentuk atau saiz yang tidak normal
- Lekukan atau bengkakan pada kulit
- Keluar cecair dari puting payudara
- Puting tenggelam atau sebarang keluarbiasaan
Pengesanan awal menyelamatkan nyawa!
Sekiranya anda mendapati sebarang keluarbiasaan, sila berjumpa dengan doktor segera.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi:
+606 285 2893 (Ms Chua) / +606 285 2946 (Ms Loo)
Sesetengah orang mungkin mengalami gejala-gejala yang berbeza dan ada pula yang tidak mengalami sebarang gejala. Gejala-gejala kanser payudara termasuk:
- Benjolan baru di payudara atau ketiak / benjolan yang tidak menyebabkan kesakitan.
- Penebalan atau pembengkakan bahagian payudara.
- Kulit merah atau bergerutu.
- Kemerahan atau kulit mengelupas di puting payudara.
- Puting tenggelam atau sakit di bahagian puting.
- Keluar cairan/darah dari puting.
- Sebarang perubahan saiz atau bentuk payudara.
- Kesakitan pada mana-mana bahagian payudara.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi
Mahkota Cancer Centre
+606 285 2893 (Ms Chua) / +606 285 2946 (Ms Loo)
Membentuk semula pengalaman mammogram anda.
Reka bentuk ergonominya memberikan pengalaman baru dengan:
- Kurang kesakitan
- Selesa
- Bebas kerisauan
Contrast-Enhanced Spectral Mammography (CESM) memberikan pemeriksaan mammografi biasa dengan suntikan media kontras tambahan yang membantu memberikan gambaran klinikal berkualiti tinggi supaya membekalkan maklumat yang lebih jelas bagi diagnosis penyakit.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi:
Radiology Department
+606 285 2858
Pembedahan
- Pembedahan Payudara
- Pembedahan Pembuangan Payudara (Mastektomi)
- Pembedahan Pemuliharaan Payudara
- Pembedahan di bahagian ketiak
- Biopsi nodus limfa sentinel: untuk menetukan tahap penyakit dan untuk membimbing rawatan selepas pembedahan
- Pembuangan nodus limfa ketiak: untuk membuang nodus limfa positif
Kemoterapi
Ubat antikanser untuk mengurangkan risiko kanser berulang, saiz kanser sebelum pembedahan, dan kanser yang telah merebak ke bahagian tubuh lain.
- Peringkat 1
Perlu sekiranya risiko tinggi (ujian RT-PCR (Oncotype DX, <26)) - Peringkat 2 & Peringkat 3
Perlu - Peringkat 4
Perlu, sebab membantu dalam mengurangkan saiz kanser, sekiranya kanser merosot, pembedahan akan dijalankan, diikuti radioterapi bersama atau tanpa terapi hormon
Terapi Hormon
Menyekat reseptor atau penghasilan hormon.
- Premenopausal
Tamoxifen 20mg selama 5 hingga 10 tahun - Postmenopausal
Aromatase Inhibitor (AI) - Untuk kes berisiko tinggi premenopausal
Pembuangan ovari dilakukan diikuti dengan ubat AI.
Terapi Biologi
Menggunakan sistem imunisasi badan untuk membunuh sel-sel kanser.
- Herceptin melekat pada reseptor HER2 dan meghentikan pertumbuhan kanser. Herceptin merupakan terapi sasaran imun.
- Dalam hormone positif dan HER2 negatif, perencat CDK4/6 juga memberikan hasil yang menggalakkan.
Radioterapi
Sinar tenaga tinggi yang digunakan untuk membunuh sel-sel barah untuk mengurangkan kanser berulang tempatan atau kanser berulang yang telah berlaku.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi
Mahkota Cancer Centre
+606 285 2893 (Ms Chua) / +606 285 2946 (Ms Loo)