
INFORMASI PUSAT BAYI TABUNG MAHKOTA, MELAKA
Latar Belakang
Pusat Bayi Tabung mulai memberi khidmatnya pada bulan Julai, 1997 dengan tujuan membantu pasangan yang mengalami masalah kesuburan merealisasikan impian mereka untuk memiliki anak menerusi rawatan kesuburan. Hingga kini, ia kekal sebagai satu-satunya pusat kesuburan yang ada di Melaka.
Kelengkapan
Terdiri daripada dokter perbidanan dan sakit puan embriologis serta jururawat terlatih yang berdedikasi, Pusat Bayi Tabung Mahkota merupakan pusat sehenti di mana semua kelengkapan iaitu makmal , bilik prosedur dan ruang pemulihan pasien terdapat di dalamnya untuk keselesaan dan melindungi privasi pasangan.
Hasil Klinikal
Sejak beroperasi, Pusat Bayi Tabung Mahkota telah membantu lebih kurang 540 pasangan melahirkan anak dan hampir 700 bayi yang berhasil dibawa pulang ke rumah menerusi pelbagai rawatan bantuan kehamilan. Ini termasuk 122 kembar dua, 16 kembar tiga dan 1 kembar empat.
Sehingga kini, Pusat ini telah menjalankan lebih daripada 1,000 prosedur Persenyawaan In-Vitro (termasuk ICSI) dengan tingkat keberhasilan antara 40% hingga 45%. Ini adalah setaraf dengan tingkat keberhasilan pusat kesuburan yang terkenal di Eropah and Amerika Syarikat.
Jenis Perkhidmatan dan Kadar Caj
|
A |
Pemeriksaan Awal Punca Ketidaksuburan |
RM |
|
A.1 |
Faktor Lelaki: Ujian Semen & Pemeriksaan Darah. |
250.00 |
|
A.2 |
Faktor Wanita: |
|
|
B |
Rawatan Bantuan Kehamilan |
RM |
| B.1 | Program IUI (i) IUI dengan pil kesuburan (ii) IUI dengan suntikan hormon |
600.00 |
| B.2 | Program IVF (termasuk suntikan hormon) | 15,000.00 |
| B.3 | Program ICSI (termasuk suntikan hormon) | 18,000.00 |
| B.4 | Program FET (termasuk simulasi hormone) | 4,200.00 |
|
C |
Perkhidmatan Sejukbeku |
RM |
| C.1 | Proses Sejukbeku Sperma untuk ART (dua bulan) | 450.00 |
| C.2 | Proses Sejukbeku Sperma + yuran simpanan setahun | 1,050.00 |
| C.3 | Proses Sejukbeku Embrio + yuran simpanan setahun | 1,150.00 |
| C.4 | Yuran tahunan simpanan bahan genetik | 850.00 |
Jenis Teknik Bantuan Kehamilan
Inseminasi Intra Uterin (IUI)
IUI adalah rawatan yang mudah dan tidak menyakitkan untuk pasangan yang mempunyai masalah kesuburan. Pada hari prosedur, air mani daripada suami akan melalui proses penulenan untuk mengasingkan sperma yang bergerak dan aktif. Air mani yang telah ditulenkan kemudiannya diinseminasi ke dalam rongga uterin (rahim) isteri menggunakan cateter.
Persenyawaan In-Vitro (IVF)
Teknik ini biasanya dikenali sebagai “teknik bayi tabung”. Ia melibatkan prosedur pengumpulan telur dari kantung telur dan disenyawakan di dalam makmal dengan sperma yang ditulenkan. Telur yang tersenyawa kemudiannya dikultur selama beberapa hari sebelum embrio yang terpilih dipindahkan ke dalam rahim untuk penempelan.
Penyuntikan Sperma secara Intracytoplasmic (ICSI)
ICSI melibatkan suntikan satu sperma yang boleh diperolehi dari pelbagai teknik seperti Penyedutan sperma testikular (TESA) dan Pengekstrakan sperma testikular, melalui zona hingga ke sitoplasma telur. ICSI dilakukan apabila masalah ketidaksuburan disebabkan oleh faktor penghasilan sperma yang sedikit dan rendah kualitasnya.
Pemindahan Embrio yang Disejukbeku (FET)
Pesakit yang mempunyai lebihan embrio yang berpotensi boleh menyimpannya melalui proses sejukbeku. Embrio tersebut boleh dipindahkan ke dalam uterus apabila berhasrat mengandung lagi. Prosedur yang dinamakan Pemindahan Embrio Sejukbeku tidak memerlukan pesakit melalui prosedur pengumpulan telur sekali lagi.
Jam Buka
8.30 - 17.30 (Senin – Jumat)8.30 - 12.30 (Sabtu)
Tutup pada hari Minggu dan hari Libur Nasional
Lokasi
Lantai 3, Blok A, Mahkota Medical CenterSitus internet :
http://www.melakafertility.com
Dr Ahmad Saifuddin Bin Ahmad Yahaya
Hubungi Kami SekarangUntuk maklumat lanjut, sila hubungi +606-285 2999 / +606-2813333 samb. 1316 atau talian terus +606-2852825 atau emel: Alamat e-mail ini diproteksi dari spambot, silahkan aktifkan Javascript untuk melihatnya |




